MAKMAL MEMPROSES DADAH DIBONGKAR, DADAH BERNILAI RM4.6 JUTA SERTA ENAM PUCUK PISTOL DIRAMPAS

BAROMETER99, George Town, 27 Mei 2024 – Satu Sidang Media oleh YDH CP Dato’ Khaw Kok Chin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkaitan kejayaan JSJN, Bukit Aman membongkar sebuah makmal haram memproses dadah heroin dan stor penyimpanan dadah di sekitar kawasan Pulau Pinang pada 24 Mei yang lalu.

Dalam operasi ini, pihak polis telah berjaya menangkap (1) lelaki tempatan berumur 38 tahun serta merampas dadah jenis Heroin seberat 13.84 kilogram, Heroin base seberat 34.14 kilogram, Syabu seberat 46.19 kilogram dan serbuk Kafien seberat 118.02 kilogram. Nilai rampasan keseluruhan dadah ini dianggarkan berjumlah RM4.6 juta.

Turut dirampas oleh pihak polis semasa serbuan ini adalah (6) pucuk pistol pelbagai jenama bersama kelopak, (100) butir peluru dan (8) botol kaca yang mengandungi cecair disyaki bahan kimia.

Pihak polis juga bertindak menyita pelbagai aset kepunyaan sindiket dadah tersebut termasuk (4) buah kereta pelbagai jenama dan (2) buah motosikal kesemuanya dianggarkan bernilai RM424,000.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B ADB 1952 dan saspek telah direman selama (7) hari bagi membantu siasatan.

Turut hadir bersama dalam sidang media ini adalah YDH CP Datuk Hj Hamzah bin Hj Ahmad, Ketua Polis Pulau Pinang, YDH DCP Datuk Zainudin bin Ahmad, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) serta barisan pegawai kanan JSJN Bukit Aman dan Kontinjen Pulau Pinang.

JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222

#SidangMediaPJSJN
#Jsjnpdrm
#waragainstdrugs

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *